MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2024, JASA DIKENANG BUDI DISANJUNG 2025 & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H/ 2025 PPANPk
IPOH, 28 April 2024 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, Jasa Dikenang Budi Disanjung 2025 serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/ 2025 bertempat di Galasa, Caldwell.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi PPANPk. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Majlis APC bukan sekadar penghargaan kepada prestasi cemerlang, malah simbol pengiktirafan terhadap dedikasi, amanah dan integriti para penjawat awam dalam memacu kejayaan sesuatu organisasi. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Terampil 2024. Tidak lupa juga, penghargaan setinggi-tingginya buat 6 pesara PPANPk yang diraikan atas sumbangan dan jasa yang amat bernilai sepanjang perkhidmatan.
Majlis turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, mengeratkan ukhuwah dan semangat kekeluargaan antara Ahli Lembaga Pengarah, seluruh warga PPANPk dan para tetamu jemputan. PPANPk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Semoga terus maju dalam membina masa depan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara.