PPANPk RAI KECEMERLANGAN WARGA KERJA DAN HARGAI JASA PESARA
IPOH, 25 Jun 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025, Sijil Penghargaan Perkhidmatan Terampil (SPTT) Tahun 2025 dan Jasa Dikenang Budi Disanjung PPANPk 2025/2026 bagi menghargai kecemerlangan, komitmen dan jasa warga kerja yang telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi PPANPk.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pengiktirafan yang diberikan bukan sekadar penghargaan terhadap prestasi cemerlang, malah menjadi pemangkin kepada warga kerja untuk terus membudayakan kecemerlangan, integriti, amanah dan profesionalisme dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Beliau turut menyeru agar PPANPk terus bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, termasuk memanfaatkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam memperkukuh pengurusan maklumat dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan, tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan yang menjadi teras perkhidmatan awam.
Majlis turut meraikan penerima APC 2025, penerima SPTT Tahun 2025 serta para pesara dan bakal pesara sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau berharap seluruh warga PPANPk akan terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan bersama-sama membina masyarakat yang berilmu demi kemajuan Negeri Perak.


















































































1.jpg)

























































-min.jpg)













































.jpg)
.jpg)





