Mesyuarat Penyelarasan 19th Asian International Mobility For Students (AIMS) Review Meeting
Satu perbincangan berkaitan perancangan projek Corporate Social Responsibility (CSR) sempena 19th Asian International Mobility For Students (AIMS) Review Meeting. PPANPk mengalu-alukan kehadiran Encik Mohd Shahril Faizail Bin Abdul Hamid dan Encik Erizman Bin Soib dari Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi serta Puan Nordiana Binti Mohd Nordin dari Univeristi Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Perbincangan adalah berkaitan pelaksanaan CSR di salah satu perpustakaan di bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. PPANPk merakamkan penghargaan terima kasih kerana memilih perpustakaan sebagai salah satu projek CSR di bawah program AIMS.