Sejarah Penubuhan PPANPk

1980
  • Perpustakaan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
1983
  • Pengambilan 2 orang Pembantu Am Pejabat, 2 orang Pemandu (tetap) dan 2 orang Pembantu Perpustakaan (sambilan)
  • Permulaan operasi 2 buah Perpustakaan Bergerak
  • Diletakkan di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
1985
  • Pelantikan seorang Pegawai Ikhtisas bertaraf Pustakawan
1989
  • Perpindahan dari bilik Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan ke bangunan lama Majlis Agama Islam Perak (Baitulmal)
1991
  • Perkhidmatan Skim Pinjaman Buku Berkelompok memulakan perkhidmatan kepada Perpustakaan Asrama Perak, Ipoh
  • Bahagian Teknik telah dipindahkan ke Rumah Kedai di No.62, Jalan Tun Razak, Ipoh
1992
  • Pada Januari 1992, Ibu Pejabat PPANPk telah berpindah ke No. 17, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh
1994
  • Pembinaan bangunan utama PPANPk di bawah Rancangan Malaysia Kelapan
1996
  • 1 Mac 1996 Perkhidmatan mula berpindah ke bangunan baru
  • 14 Mac 1996 Perkhidmatan perpustakaan di bangunan baru mula beroperasi