Portal Rasmi
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Perutusan Pengerusi

Perutusan Pengerusi

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎ dan Salam Perpaduan

Bersyukur kepada hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNYA, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah berjaya membangunkan dan mengemaskini laman web ini selaras dengan berita dan maklumat terkini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan kerana memberi kepercayaan penuh kepada saya untuk memikul tanggungjawab dan amanah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Saya yakin, pada tahun 2023 ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan menggiatkan lagi usaha dan kempen untuk memartabatkan budaya membaca serta memperbanyakkan lagi inisiatif dalam bidang pendidikan, penyelidikan, pembangunan sosio-ekonomi pembangunan sosio-budaya, dan tidak hanya tertumpu kepada peranan perpustakaan tradisional yang bersifat penyimpanan dan peminjaman buku semata-mata. PPANPk seharusnya melonjak ke hadapan dengan imej baru ke arah perpustakaan hibrid. Justeru itu, saya berharap Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak agar terus cemerlang dan gemilang serta dapat mempertingkatkan lagi prestasi perkhidmatan, program serta aktiviti bagi memastikan visi, misi, matlamat dan objektif PPANPk tercapai sepertimana yang diharapkan. Saya mendoakan agar rakyat Perak diberikan kekuatan dan tekad yang jitu dalam melestarikan khazanah negara yang berbentuk ilmu pengetahuan ini. Semoga langkah yang berterusan ini akan memberikan manfaat buat generasi masa kini dan akan datang. Sekian, terima kasih.

YB Khairudin Bin Abu Hanipah
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak
merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.