|
PAMERAN DAN FORUM LAMBAIAN HAJI
Pameran dan Forum Lambaian Haji adalah satu-satunya program yang bertemakan nostalgia pengalaman jemaah haji di Mekah suatu ketika dahulu. Program in merupakan hasil kerjasama PPANPk bersama Arkib Negara Malaysia , Lembaga Tabung Haji dan Filem Negara Malaysia. Pengalaman menarik menuju ke Tanah Suci seperti menaiki kenderaan darat (van, bas mini , kereta dan sebagainya) , laut (kapal layar menggunakan arang batu dan disel) dan udara telah dizahir dan dipamirkan dalam forum dan pameran. Sesungguhnya program ini julung-julung kali diadakan di PPANPk.
Pameran Lambaian Haji telah diadakan pada 15 Julai 2010 hingga 15 Ogos 2010. Forum Lambaian Haji pula telah diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) dan telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 200 orang jemputan dari berbagai kategori. Turut hadir ialah Pengerusi PPANPk iaitu YB Dato' Shaarani bin Mohamad dan Pengarah , Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid. Ahli-ahli panel forum adalah terdiri dari 3 orang tokoh yang telah dijemput khas yang terdiri daripada :
i. Hj Salleh b Musa - dari Bentong Pahang
ii. Hj Yahaya b Awang - dari Butterwoth , Pulau Pinang
iii. Hj Shamsuddin b Yan - dari Lenggong Perak.
Pengerusi forum pula adalah Encik Johari Ismail dari PPANPk . ALhamdulillah , forum ini telah berjaya mendapat sambutan yang memberangksangkan dari para peserta dan sebahagian nya telah memohon untuk diadakan sekali lagi forum seumpama ini dimasa akan datang. Beberapa sedutan pengalaman dari ahli panel jemputan :
i. Hj Salleh (pengangkutan darat)
Menaiki van model Volkswagen Combi dari pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1974 . Beliau menaiki kapal layar Chindabaram menuju ke Madras, India. Seterusnya bergerak ke Pakistan melalui Afganistan dan merentas Iran , Iraq dan Saudi Arabia. Dalam perjalanan pulang dari Mekah , enjin van telah mengalami kerosakan dan beliau telah pulang ke tanahair menaiki kapal layar penumpang menuju ke pelabuhan Pulau Pinang.
ii. Hj Yahaya bin Awang (pengangkutan laut)
Beliau telah menaiki kapal laut dari pelabuhan Pulau Pinang. Pelbagai peristiwa menarik dan unik telah di lalui oleh beliau semasa dalam perjalanan tersebut pada tahun 1969. Beliau juga membukukan segala peristiwa dan kenangan pengalaman tersebut serta pengalaman ayah serta datuknya dalam buku yang bertajuk Kapal Haji Dalam Kenangan.
iii. Hj Shamsudin b Yan (pengangkutan udara)
Beliau telah dikurniakan rezeki oleh Allah mengerjakan haji sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1996 ddan 2004 . Beliau juga telah berjaya menunaikan umrah saban tahun bermula tahun 1996. Pelbagai pengalaman dan panduan berguna telah diberikan oleh beliau kepada bakal-bakal jemaah haji. Suatu ungkapan beliau yang tidak lekang diingatan ialah 'seandainya diizinkan oleh Allah tunaikanlah ibadat haji semasa usia masih muda'.
Selain daripada itu , pada sesi pagi telah diadakan pertandingan mewarna yang sisertai oleh seramai lebih kurang 60 orang pelajar-pelajar tadika-tadika di sekitar Bandaraya Ipoh. Hadiah-hadiah telah disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga dan hadiah saguhati pula diberikan kepada pemenang tempat ke 4 hingga ke 8. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi PPANPk, iaitu YB Dato' Shaarani bin Mohamad dan Pengarah PPANPk iaitu Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid. |