|
(S) 1. Berapakah yuran untuk menjadi ahli perpustakaan di PPANPk di Ipoh? (J) 1. Untuk dewasa/kanak2 yang mempunyai mykad/mykid - yuran keahlian 1 tahun - RM4 sahaja. (S) 2. Bagi pengguna yang tidak mempunyai mykad , bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli? (J) 2. Boleh mendaftar menggunakan kad pintar('smart card') yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negeri di Ipoh. Walaubagaimanapun pengguna perlu membayar kos bagi kad pintar tersebut. (S) 3. Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam pada satu masa dan tempoh pulangan? (J) 3. 4 buah buku untuk 2 minggu (S) 4. Mengapakah bahan-bahan koleksi rujukan tidak boleh dipinjam? (J) 4. Bahan-bahan koleksi rujukan tidak terdapat di bahagian pinjaman kerana ia lebih berbentuk akademik dan sesuai digunakan untuk tujuan penyelidikan manakala buku/bahan di bahagian pinjaman adalah lebih berbentuk bahan bacaan ringan. (S) 5. Adakah kemudahan internet di PPANPk dan Perpustakaan Cawangan /Desa di seluruh Negeri? (J) 5. Kemudahan internet tanpa wayar (WIFI) ada disediakan di PPANPk Ipoh , Perpustakaan Awam Sri Iskandar , Perpustakaan Awam Teluk Intan, Perpustakaan Awam Taiping dan kebanyakan Perpustakaan Desa di seluruh negeri yang dilengkapi dengan kemudahan Perkhidmatan Pemberian Sejagat oleh KTAK pula menyediakan perkhidmatan internet secara percuma kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang berdaftar sebagai ahli. |