| Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 24 (1) Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, 1977 Perbadanan dengan ini membuat, dan menurut seksyen 24 (2) Enakmen tersebut Raja dalam Mesyuarat mengesahkan kaedah- kaedah yang berikut : |
|
|
| 1. |
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak 1992. |
|
|
|
Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain - |
|
|
|
"bahan perpustakaan" hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Enakmen; |
|
|
|
"Enakmen" ertinya Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, 1977; |
|
|
|
"kakitangan perpustakaan" ertinya pegawai-pegawai dan kakitangan perpustakaan. |
|
|
|
"pembaca" ertinya seseorang yang mengunjungi perpustakaan untuk merujuk kepada atau menggunakan apa-apa bahan perpustakaan; |
|
|
|
"pembaca berdaftar" ertinya seseorang yang didaftarkan dengan sewajarnya bagi maksud meminjam bahan perpustakaan, dan yang memegang tiket-tiket pembaca yang belum tamat tempohnya yang dikeluarkan di bawah kaedah 7; |
|
|
|
"Pengarah" ertinya Ketua Perpustakaan yang dilantik oleh Perbadanan di bawah seksyen 12 Enakmen, atau dalam masa ketibaannya mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Perbadanan untuk menjalankan tugas bagi pihaknya; |
|
|
|
"perpustakaan" ertinya Perpustakaan Awam yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Enakmen; |
|
|
|
"tiket pembaca" ertinya suatu bentuk pengenalan yang dikeluarkan kepada pembaca apabila sahaja ia didaftarkan untuk membolehkan meminjam bahan perpustakaan. |
|
|
| 3. |
| i. |
Bahan perpustakaan dan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan boleh diadakan untuk kegunaan orang ramai. |
|
|
| ii. |
Perkhidmatan-perkhidmatan pinjaman boleh diadakan bagi - |
|
|
|
| a. |
orang-orang yang biasanya tinggal, bekerja atau belajar di sekolah-sekolah atau di institusi-institusi pelajaran di kawasan di mana-mana perkhidmatan perpustakaan diadakan; dan |
|
|
| b. |
mana-mana kategori atau golongan orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa. |
|
|
|
|
| 4. |
Perpustakaan hendaklah dibuka kepada orang ramai pada hari dan bagi waktu tertentu sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
|
| 5. |
| i. |
Seseorang pembaca hendaklah mendaftar bagi maksud meminjam bahan perpustakaan dengan mengisi dan menandatangani borang permohonan yang berkenaan dengan syarat bahawa : |
|
|
|
| a. |
semua orang yang berumur dua belas tahun ke atas adalah dikehendaki mengemukakan kad pengenalan atau pasport mereka apabila mebuat permohonan; |
|
|
| b. |
seseorang yang belajar di sekolah atau sesuatu institusi pelajaran hendaklah membuat permohonannya dengan ditandatangani oleh ibu-bapa atau penjaganya dan Pengetua sekolah atau institusi itu atau wakilnya yang diberikuasa; |
|
|
| c. |
seseorang kanak-kanak pra-sekolah hendaklah ditemani oleh ibu-bapa atau penjaganya yang akan menandatangani borang permohonan bagi pihaknya. |
|
|
|
| ii. |
Seseorang pembaca yang berdaftar menjadi ahli, hendaklah membayar wang pendaftaran dan yuran keahlian sebagaimana ditetapkan oleh Perbadanan seperti yang terkandung di dalam Jadual kepada peraturan ini. |
|
|
| iii. |
Pada akhir tiga tahun dari tarikh pendaftaran, tiap-tiap seorang pembaca berdaftar akan menerima suatu pemberitahu untuk pendaftaran semula. |
|
|
| iv. |
Seseorang pembaca berdaftar yang tidak mendaftarkan semula apabila menerima pemberitahu itu adalah disifatkan telah berhenti menjadi pembaca berdaftar dan tidak boleh dibenarkan lagi meminjam bahan perpustakaan. |
|
|
| v. |
Seseorang pembaca berdaftar hendaklah memberitahu Pengarah tentang apa-apa pertukaran alamat. Walau bagaimanapun, fail-fail pendaftaran hendaklah dikemaskinikan tiap-tiap tiga tahun sekali. |
|
|
|
| 6. |
Seseorang pembaca berdaftar, apabila berhenti menggunakan kemudahan-kemudahan pinjamam perpustakaan, hendaklah mengembalikan semua bahan perpustakaan, tiket pembaca dan membayar semua benda yang masih belum dijelaskan atau caj-caj lain yang ditanggung oleh kerana bahan perpustakaan yang lain dalam miliknya telah tidak dikembalikan, telah hilang, cacat atau rosak. |
|
|
| 7. |
| i. |
Tiket-tiket pembaca hendaklah dikeluarkan kepada seseorang pembaca berdaftar sebanyak yang ditentukan oleh Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
|
| ii. |
Tiap-tiap satu pembaca hendaklah digunakan untuk meminjam satu bahan perpustakaan pada satu masa. |
|
|
| iii. |
Tiket-tiket pembaca tidak boleh dipindahmilik. |
|
|
| iv. |
Tiket-tiket pembaca adalah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh dikeluarkan, melainkan jika diserahkan balik atau dibatalkan terlebih dahulu. |
|
|
| v. |
Seseorang pembaca berdaftar hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah apa-apa kehilangan, kecacatan atau keroskan sesuatu tikat pembaca. Apabila diberitahu sedemikian, Pengarah boleh mengenakan bayaran sejumlah RM 1.00 setiap tiket pembaca yang hilang, cacat atau bagi mengeluarkan tiket pembaca yang baru untuk menggantikan tiket pembaca yang dilaporkan hilang, cacat atau rosak itu. |
|
|
|
| 8. |
| i. |
Sesuatu tiket pembaca yang cacat atau rosak hendaklah diserahkan balik kepada perpustakaan untuk mendapatkan gantinya. |
|
|
| ii. |
Sesuatu tiket pembaca yang dilaporkan hilang dan kemudiannya dijumpai adalah tidak sah dan hendaklah juga diserahkan balik kepada perpustakaan. |
|
|
|
| 9. |
| i. |
Seseorang pembaca berdaftar adalah bertanggungjawab bagi bahan perpustakaan yang dipinjam dengan tiket-tiket pembacanya. |
|
|
| ii. |
Bahan perpustakaan yang didapati rosak,cacat atau hilang semasa dipinjam hendaklah dilaporkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjadikan pembaca berdaftar bertanggungjawab atas kerosakan atau kecacatan itu. Pengantian di atas kadar pembayaran semula harga buku ditambah kos pemerosesan sejumlah RM 3.00 sebuah buku atau pengantian dengan buku yang sama dari edisi yang terkini ditambah RM 3.00 kos pemerosesan sebuah buku dikenakan. |
|
|
| iii. |
Seseorang pembaca berdaftar hendaklah menunjukkan tiket pembacanya apabila ia meminjam bahan perpustakaan. |
|
|
| iv. |
Bahan perpustakaan adalah dikeluarkan selama apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
|
| v. |
Tiada bahan perpustakaan boleh dibawa keluar dari perpustakaan melainkan yang dikeluarkan sebagai pinjaman kepada pembaca berdaftar. |
|
|
| vi. |
Bahan perpustakaan yang dibawa keluar dari perpustakaan hendaklah dikemukakan untuk diperiksa oleh kakitangan perpustakaan yang bertugas di pintu keluar. |
|
|
|
| 10. |
| i. |
Bahan perpustakaan yang dipinjam kepada seseorang pembaca berdaftar, jika tidak dikehendaki oleh pembaca-pembaca berdaftar yang lain, boleh diperbaharui sekali lagi selama satu tempoh lanjutan, tetakluk kepada pembayaran apa-apa denda yang kena bayar. |
|
|
| ii. |
Pembaharuan-pembaharuan hendaklah dibuat sendiri di perpustakaan. |
|
|
|
| 11. |
| i. |
Seseorang pembaca berdaftar yang menyimpan bahan perpustakaan lebih daripada tempoh pinjaman yang dinyatakan hendaklah membayar denda sebanyak 10 sen sebuah buku sehari bagi lampau tempoh itu dan, sehingga denda itu dibayar, ia tidak boleh dibenarkan meminjam bahan perpustakaan lain. |
|
|
| ii. |
Kebiasaan menyimpan bahan perpustakaan lebih lama dari tarikh sewajarnya oleh seseorang pembaca berdaftar boleh membawa kepada penggantungan keistimewaan-keistimewaan pinjaman selama tempoh yang tidak ditentukan, atau pembatalan tiket-tiket pembacanya menurut budibicara Pengarah. |
|
|
| iii. |
Pengarah hendaklah membuat tuntutan bertulis bagi dikembalikan, dalam tempoh yang ditentukan mulai dari tarikh tuntutan itu, apa-apa bahan perpustakaan yang disimpan oleh seseorang pembaca berdaftar lebih lama dari tempoh pinjaman yang ditentukan dan atas kegagalan pembaca berdaftar mematuhi tuntutan tersebut dalam tempoh yang ditentukan itu, Pengarah boleh seterusnya dan tanpa sebarang notis selanjutnya memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan bahan perpustakaan tersebut dan semua perbelanjaan yang dilakukan hendaklah dibayar oleh pembaca berdaftar itu. |
|
|
|
| 12. |
| i. |
Bahan perpustakaan yang boleh dipinjam boleh ditempah. |
|
|
| ii. |
Bilangan tempahan yang boleh dibuat pada sesuatu masa oleh seseorang pembaca berdaftar hendaklah di atas budibicara Pengarah. |
|
|
| iii. |
Pengarah boleh, menurut budibicaranya, membatalkan sesuatu tempahan. |
|
|
| iv. |
Selepas tarikh tempahan itu diberitahu kepada berdaftar, tiada bahan perpustakaan yang telah ditempah boleh disimpan lebih lama daripada tempoh yang ditentukan oleh Pengarah dari semasa ke semasa. |
|
|
|
| 13. |
| i. |
Bahagian Rujukan adalah dibuka kepada sesiapa yang hendak melihat bahan rujukan. |
|
|
| ii. |
Pertanyaan-pertanyaan rujukan boleh dibuat dengan datang sendiri ke perpustakaan. |
|
|
| iii. |
Bahan rujukan tidak boleh dipinjam dan tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan. |
|
|
|
| 14. |
| i. |
Bahan perpustakaan yang diselenggarakan dalam koleksi-koleksi khas hendaklah digunakan dalam bangunan perpustakaan sahaja. |
|
|
| ii. |
Koleksi-koleksi khas yang diselenggara atas ekses terbuka boleh dilihat secara langsung oleh orang ramai sementara yang diselenggara atas ekses tertutup atau terkawal boleh diminta dengan mengisi borang permintaan yang berkenaan. |
|
|
| iii. |
"Koleksi-koleksi khas" termasuklah Malaysiana, serial-serial, surat-surat khabar, dokumen-dokumen, mikrofom atau koleksi-koleksi lain yang boleh diwujudkan dari semasa ke semasa. |
|
|
|
| 15. |
| i. |
Pengarah boleh, menurut budibicaaranya meminjamkan bahan perpustakaan kepada lain-lain perpustakaan atau institusi tempatan, selama tempoh yang boleh ditentukannya dari semasa ke semasa, dan apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakannya. Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan atas pinjaman itu hendaklah ditanggung oleh perpustakaan atau institusi yang meminjam. |
|
|
| ii. |
Pengarah boleh menurut budibicaranya, meminjam bahan perpustakaan daripada lain-lain perpustakaan atau institusi tempatan, jika bahan perpustakaan yang diminta itu tidak terdapat dalam perpustakaan. Apabila meminjamkannya kepada pembaca ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut. |
|
|
|
| 16. |
Tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubung dengan hakcipta, salinan-salinan foto, fotograf-fotograf atau salinan-salinan mikrografik bahan perpustakaan boleh dibuat dan dibekalkan apabila dibayar apa-apa bayaran sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Pengarah. |
|
|
| 17. |
| i. |
Tiada buku-buku, selain daripada buku-buku perputakaan, beg, payung, topi keledar dan barang kepunyaan sendiri yang boleh dibawa masuk ke dalam bangunan perpustakaan melainkan jika barang-barang itu diletakkan di kaunter yang disediakan bagi maksud itu. |
|
|
| i. |
Apa-apa barang yang diletakkan di kaunter adalah sepenuhnya di atas risiko pemunyanya dan tiada apa-apa tanggungjawab boleh diterima oleh Pengarah atau perpustakaan atas penjaganya yang selamat. |
|
|
|
| 18. |
Pengarah boleh, menurut budibicaranya, membenarkan mana-mana bahagian bangunan perpustakaan digunakan oleh orang-orang atau pertubuhan-pertubuhan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dan wajar dikenakan. |
|
|
| 19. |
Seseorang yang bertanggungjawab atas kehilangan, kecacatan atau kerosakan bahan, lekapan atau peralatan perpustakaan adalah dikehendaki mengganti kehilangan, kecacatan atau kerosakan itu dengan membayar balik kepada perpustakaan kos bagi mengganti atau membaikinya. |
|
|
| 20. |
| i. |
Jika ada syak yang munasabah bahawa seseorang dalam perpustakaan ada apa-apa bahan perpustakaan disembunyikan pada dirinya dengan tujuan membawa keluar bahan perpustakaan itu dari bangunan perpustakaan tanpa kuasa, Pengarah atau mana-mana kakitangan perpustakaan boleh menyebabkan orang itu diperiksa badannya dengan syarat : |
|
|
|
| a. |
pemeriksaan itu dijalankan di suatu tempat tertutup; |
|
|
| b. |
pemeriksaan itu dijalankan di hadapan seorang lain kakitangan perpustakaan; dan |
|
|
| c. |
seseorang perempuan hendaklah diperiksa hanya oleh kakitangan perempuan perpustakaan. |
|
|
|
| ii. |
Tiada apa-apa tindakan yang diambil di bawah kaedah ini boleh menyebabkan Pengarah atau kakitangan perpustakaan terlibat kepada mana-mana tindakan undang-undang. |
|
|
|
| 21. |
Pengarah boleh enggan membenarkan sesiapa meminjam atau menggunakan bahan perpustakaan dari perpustakaan atau didaftarkan sebagai pembaca atau menikmati keistimewaan-keistimewaan lain melainkan orang itu mematuhi peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini. |
|
|
| 22. |
Semua bayaran dan denda yang kena dibayar di bawah Kaedah-kaedah ini boleh didapatkan kembali oleh perpustakaan dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidangkuasa mengenainya. |
|
|
|
23.
|
| (1) |
|
|
| a. |
Tiada sesiapa boleh mengadakan perbualan yang boleh didengar hingga mengusarkan pembaca-pambaca lain atau berteriak, bising atau kacau, atau menggunakan bahasa kasar, cabul atau lucah dalam mana-mana bahagian perpustakaan. |
|
|
| b. |
Tiada sesiapa yang tidak bersih badan atau pakaian hingga menyinggung orang lain atau yang nampak sebagai mabuk, di bawah pengaruh dadah atau sebagai tidak sempurna akal atau mengidap penyakit berjangkit boleh dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan. |
|
|
| c. |
Tiada sesiapa boleh dengan apa-apa cara kelakuan atau aktiviti melakukan atau menyebab dilakukan sesuatu yang mungkin akan membahayakan keselamatan harta perpustakaan. |
|
|
| d. |
Tiada sesiapa, selain daripada kakitangan perpustakaan boleh masuk atau berada dalam mana-mana bahagian bangunan perpustakaan yang tidak dikhaskan untuk kegunaan awam. |
|
|
| e. |
Tiada sesiapa boleh - |
|
| i. |
makan, minum, menghisap rokok, meludah atau tidur dalam mana-mana bahagian perpustakaan yang dikhaskan untuk kegunaan awam. |
|
|
| ii. |
membawa atau menyebabkan dibawa apa-apa binatang kesayangan atau di bawah kawalannya ke dalam perpustakaan; |
|
|
| iii. |
membawa atau menjual apa-apa makanan atau minuman dalam mana-mana bahagian perpustakaan atau halamannya; |
|
|
| iv. |
membawa apa-apa barang yang mungkin akan menyebabkan kegusaran kepada orang-orang lain dalam bangunan perpustakaan. |
|
|
|
| f. |
Tiada sesiapa boleh, tanpa keizinan Pengarah - |
|
| i. |
menawarkan sesuatu untuk jualan dalam perpustakaan; |
|
|
| ii. |
mengambil apa-apa fotograf dalam perpustakaan; |
|
|
| iii. |
menjalankan wawancara dari apa-apa jenis dalam perpustakaan; atau |
|
|
| iv. |
menpamerkan, mengedar, melekatkan atau menampal apa-apa bil, pelekat, notis atau iklan dalam, pada atau atas mana-mana bahagian perpustakaan atau halamannya. |
|
|
|
| g. |
Tiada sesiapa boleh dengan sengaja menghalang Pengarah atau kakitangan perpustakaan dari menjalankan kewajipan-kewajipan mereka. |
|
|
|
|
| (2) |
|
|
| a. |
Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan kaedah ini boleh diminta oleh Pengarah, kakitangan perpustakaan yang bertugas, kakitangan keselamatan atau pegawai polis yang bertindak di bawah arahan Pengarah, meninggalkan perpustakaan. |
|
|
| b. |
Sesiapa yang enggan meninggalkan perpustakaan boleh dikeluarkan dengan kekerasan dari perpustakaan itu dengan syarat tiada apa-apa kekerasan lebih daripada yang perlu digunakan dalam mengeluarkannya dari perpustakaan itu. |
|
|
| c. |
Pengarah atau kakitangan perpustakaan boleh enggan membenarkan masuk ke dalam perpustakaan mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan perenggan (1) |
|
|
|
|
|
|
| 24. |
Sesiapa yang - |
|
| (a) |
berkelakuan tidak senonoh; |
|
|
| (b) |
menyebabkan kacau, ganggu; atau |
|
|
| (c) |
menggunakan bahasa kasar, cabul atau lucah. |
|
|
dalam mana-mana bahagian perpustakaan hingga mendatangkan kegusaran atau kekacauan kepada sesiapa yang menggunakan mana-mana bahagian perpustakaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau dua bulan penjara. |
|
|
Bertarikh pada 15hb November 1995. [PPA. PK. 1/1 Jld 2 : PU. PK. 17/73 BHG. II]
DATO' DR. ABDUL MALIK BIN MOHD. HANAFIAH, Pengerusi, Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
Bertarikh pada 8hb April 1996. [PSUK. PK. (BPK) 1A355/676/1]
MHD.NAJRI B. ABD. HAMID, Setiausaha, Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak
|
|
|
|
|