Alamat

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak No 17, Jalan Raja Di Hilir 30350 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-2491888 , Fax : 05-2491887 Laman Web : http://www.ppanpk.gov.my.

PELAN LOKASI


PERUTUSAN PENGARAH

pengarah


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) .Semoga kunjungan ini menghasilkan suatu pengalaman yang berfaedah dan berinformasi untuk diri anda, bangsa dan negara.

Sesungguhnya penerbitan sesuatu laman web organisasi atau jabatan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengannya.Ia secara tidak langsung merupakan pintu masuk utama kepada sesebuah organisasi yang dibuka selama 24 jam setiap hari.Selain itu,maklum balas yang diterima melalui buku pelawat dan peti cadangan juga akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam merangka sebarang program atau membuat sebarang keputusan.

Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini menjadi penghubung utama PPANPk dengan masyarakat di samping menjadi sumber maklumat utama mengenai perkhidmatan, koleksi dan lain-lain aktiviti yang dilaksanakan .

Saya juga berharap laman web ini dapat menjadi media pengantaran kepada laman-laman web lain yang berkaitan dengannya seperti perpustakaan , pusat-pusat maklumat ,institusi -institusi pendidikan dan sebagainya.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada JK laman web dan semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen bagi menerbitkan laman web ini . Semoga laman web ini akan terus dikemaskini dan dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan dan hasrat semua setiap masa.

Sekian.