Alamat

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak No 17, Jalan Raja Di Hilir 30350 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-2491888 , Fax : 05-2491887 Laman Web : http://www.ppanpk.gov.my

PPANPk di Facebook

fb

HIGHLIGHT

Pekeliling dan Borang Jabatan




aktiviti@perpustakaan di PA Taiping

Aktiviti@perpustakaan di PA Taiping telah diadakan buat pertama kalinya pada hari Sabtu 8 Mei 2010 yang lalu. Berbagai-bagai program dan aktiviti telah diadakan pada hari tersebut dimana penyertaan adalah terbuka kepada semua pengunjung perpustakaan dan penduduk setempat.

Sambutan diluar jangkaan yang telah diterima pada hari program diadakan telah menjadikan setiap aktviti yang dijalankan mendapat sambutan dari orang ramai . Berbagai-bagai hadiah menarik telah disediakan untuk para pemenang yang telah memenangi acara-acara yang dipertandingkan seperti 'infohunt' , 'play with the alphabets' , pertandingan mencipta kad Hari Ibu menggunakan Printshop Deluxe , pertandingan mewarna / melukis , gol dan menang , kraftangan , cabutan bertuah dan lain-lain.

 

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

 

      

PERPUSTAKAAN NEGERI
HARI MASA
Isnin - Jumaat
9.00pg - 6.00 ptg
Sabtu
9.00 pg - 3.00 ptg
Ahad & cuti umum Tutup
 

PERPUSTAKAAN CAWANGAN
Selasa - Sabtu
9.30 pg - 5.00 ptg

Ahad
9.00 pg - 1.00 ptg
Isnin & Cuti Umum Tutup
 

PERPUSTAKAAN DESA
Selasa - Khamis & Sabtu 9.30 pg -1.00 ptg
 
2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat
9.30 pg - 12.15 thari
  2.45 ptg - 5.00 ptg

Ahad
9.00 pg - 1.00 ptg
Isnin & Cuti Umum Tutup
 

pengarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) .Semoga kunjungan ini menghasilkan suatu pengalaman yang berfaedah dan berinformasi untuk diri anda, bangsa dan negara.Sesungguhnya penerbitan sesuatu laman web organisasi atau jabatan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pelbagai aspek yang berkaitan dengannya.Ia secara tidak langsung merupakan pintu masuk utama kepada sesebuah organisasi yang dibuka selama 24 jam setiap hari.Selain itu,maklum balas yang diterima melalui buku pelawat dan peti cadangan juga akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan dalam merangka sebarang program atau membuat sebarang keputusan.

Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar laman web ini menjadi penghubung utama PPANPk dengan masyarakat di samping menjadi sumber maklumat utama mengenai perkhidmatan, koleksi dan lain-lain aktiviti yang dilaksanakan .

Saya juga berharap laman web ini dapat menjadi media pengantaran kepada laman-laman web lain yang berkaitan dengannya seperti perpustakaan , pusat-pusat maklumat ,institusi -institusi pendidikan dan sebagainya.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada JK laman web dan semua kakitangan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen bagi menerbitkan laman web ini . Semoga laman web ini akan terus dikemaskini dan dipertingkatkan lagi bagi memenuhi keperluan dan hasrat semua setiap masa.  Sekian.

 

Carian Teks

Undian

Berikan Komen Anda Mengenai Perkhidmatan PPANPk
 

Tetamu Online

We have 2 guests online

Hakcipta Terpelihara 2009 @ Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

PENAFIAN : Pihak Pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini. Harap Maklum.

TARIKH AKHIR KEMASKINI : 15 JULAI 2010