PROGRAM “WORLD #QURANHOUR 1445H/2024” PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk)

PROGRAM “WORLD #QURANHOUR 1445H/2024” PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK (PPANPk)

PARIT, 4 APRIL 2024 – YB Tuan Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah merasmikan Program “World #QuranHour 1445H/2024” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak bertempat di Masjid Radhiatul Mardhiah. Program yang dijalankan serentak di Malaysia ini membawa tema “Ummah #GrandReset: Kesatuan dan Transformasi Sosial” panduan daripada Surah Al-Jumu’ah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran melalui konsep baca, faham dan amal.

Program ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan dan tadabur Surah Al-Jumu’ah, ayat 1 hingga 11 oleh Al Fadzil Ustaz Mohd Hafiz bin Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Lebih 600 tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai agensi, pelajar dan guru sekolah sekitar Daerah Perak Tengah serta masyarakat setempat telah hadir bagi menjayakan program WORLD #QuranHour tahun ini.

Terdahulu para tetamu jemputan yang tiba ke Masjid Radhiatul Mardhiah pada awal pukul 9.30 pagi juga telah mengikuti ceramah daripada Al Fadzil Ustaz Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Imam Daerah Seri Iskandar yang bertajuk “Al-Quran Teman Kehidupan”.

Di akhir program sebanyak 1000 bubur lambuk telah diedarkan kepada semua peserta dan masyarakat sekitar.

Hadir sama, Puan Rafidah Abdul Aziz, Pengarah PPANPk; Encik Mohamad Suhaimi Bin Mohamad Tahir, Ahli Lembaga Pengarah PPANPk; Tuan Haji Muhammad Haizat Bin Kamaruddin, Imam Masjid Radhiatul Mardhiah dan Pengerusi Masjid Radhiatul Mardhiah.