MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2023 DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024/1445H PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

IPOH, 25 APRIL 2024- Seramai 10 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 17 orang Penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan Terampil 2023.

Majlis anugerah itu disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Khairudin Bin Abu Hanipah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jubilee Ballroom, Royal Perak Golf Club.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima dan semoga anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada penjawat awam dan menjadi teladan terbaik kepada rakan sekerja lain khususnya dalam membentuk pekerjaan yang cemerlang.

Turut diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024/1445H Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

Hadir sama, Yang Berusaha Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak; dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PPANPk iaitu Encik Mohamad Suhaimi Bin Mohamad Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak Corporation Holdings; Dr. Zabidin Haji Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Perak dan Pn. Siti Suzani Binti Mohamed Taib, Perpustakaan Negara Malaysia.